Kor Sukarelawan Siswa Siswi
Kor Sukarelawan Siswa Siswi

Kor Sukarelawan Siswa Siswi

Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi atau ringkasnya Kor SUKSIS ialah sebuah badan beruniform polis bagi mahasiswa di universiti tempatan Malaysia. Mahasiswa yang menyertai Kor SUKSIS akan diberi status kadet dan diwajibkan menjalani tiga tahun latihan di universiti masing-masing sebelum digelar sebagai inspektor Sukarelawan Polis.[1] Dianggarkan sekitar 5 peratus ahli Kor SUKSIS menyertai Polis DiRaja Malaysia selepas tamat pengajian (setakat 2012).[2]Setiap inspektor SUKSIS yang telah tamat latihan diberi keutamaan untuk menyertai pasukan beruniform Polis Diraja Malaysia selepas mereka bergraduat dari universiti masing-masing.[3]